31 Ogos 2009,genap 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.Apabila menyentuh mengenai kemerdekaan,bagi remaja,apakah yang mereka maksudkan dengan merdeka?
Soalan : Apakah maksud Merdeka bagi anda?

Jawapan : "Saya berpendapat,merdeka maksudnya bebas.Tidak kira bebas dari jajahan malah merdeka bermaksud kebebasan hak untuk menerajui pembangunan negara kita sendiri."

Jawapan : "Merdeka itu bebas daripada penjajahan luar.Kemerdekaan Malaysia bermaksud kita telah lepas daripada cengkaman pihak penjajah yang merampas segala urusan negara kita."

Jawapan : "Saya menganggap merdeka itu bukan sekadar bebas dari penjajah malah kita juga bebas dalam perkara yang lain.Contohnya,kebebasan kita bergaul dalam satu rumpun yang berlainan warna kulit,kaum dan agama."

Jawapan : "Kemerdekaan yang dikecapi bukan sekadar bebas dari segi fizikal malah merangkumi spiritual dan mental.Erti kemerdekaan dinikmati dengan bebas dari kuasa asing dan bangkit semula membentuk bangsa bermaruah."

Jawapan : "Saya yakin bahawa merdeka itu bermaksud kebebasan jiwa kita daripada terus dibelenggu kuasa asing.Kita bebas bergerak,berjalan,berlari di negara kita tanpa sebarang halangan mahupun sekatan."
Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan untuk kedamaian kemudian untuk mempertahankannya adalah sifat-sifat yang perlu disanjung tinggi oleh golongan remaja.Oleh itu,dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita,generasi yang hidup pada zaman ini khususnya golongan remaja,janganlah melupakan pengorbanan para pejuang tanah air yang telah membuka jalan untuk kita.
Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan,remaja perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Golongan remaja harus lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak mereka.Kita juga harus berdikari dan tidak hanya bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya menjamin kedaulatan negara.
0 Responses to "Remaja & Kemerdekaan"
Post a Comment